Program Hari Terbuka Pusat Internet Spaoh 2019

24 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 23 Jun 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan program hari bersama komuniti iaitu Hari Terbuka PI Spaoh untuk tahun 2019. Tema hari terbuka tahun ini ialah “Terus Menjalin Hubungan Akrab Bersama Komuniti”. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang yang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Program ini telah dihadiri oleh 60 orang penduduk kampung Spaoh yang terdiri daripada golongan belia, ibubapa dan kanak-kanak daripada sekolah rendah dan menengah.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menerangkan dan menjelaskan kepada komuniti fungsi-fungsi dan kegunaan pusat internet ditubuhkan di samping memberi peluang kepada komuniti di sekitar kawasan kpg. Spaoh bersama-sama berkumpul untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan oleh PI Spaoh. Secara tidak langsung, hubungan silatulrahim antara komuniti dan PI Spaoh dapat dieratkan lagi serta meningkatkan penggunaan perkhidmatan di pusat internet di masa hadapan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang program berlangsung ialah taklimat dan sesi tayangan video advokasi seperti Klik Dengan Bijak (KDB), mobile E-Waste serta Check Your Label (CYL). Taklimat advokasi ini amat penting disampaikan kepada komuniti terutamanya golongan belia yang merupakan golongan yang akan mencorakkan hala tuju dan kemajuan sesebuah negara. Kemudian, aktiviti seterusnya ialah taklimat mengenai rak brosur yang telah dirasmikan sebelumnya di PI Spaoh oleh wakil daripada Jabatan Penerangan Betong iaitu Encik Senie bin Endin, Ketua Unit UD.223 Jabatan Penerangan Betong. Rak brosur tersebut menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan percuma yang bermanfaat dan banyak ilmu pengetahuan baru yang diperolehi daripada risalah yang disediakan.

Selepas itu, aktiviti untuk pelajar sekolah iaitu “Typing Hero Contest” yang menguji kecepatan dan ketepatan pelajar dalam menaip menggunakan komputer. Aktiviti ini berlangsung selama satu jam dan kemudiannya pertandingan “Solve a Puzzle” pula diadakan yang mana aktiviti ini disertai oleh peserta daripada pelajar sekolah juga. Cabutan bertuah juga ada dilakukan yang mana setiap pengunjung yang hadir pada hari tersebut diberi satu nombor cabutan bertuah. Selepas aktiviti menyelesaikan puzzle tamat, aktiviti “Hold a ping-pong ball” dimulakan yang hanya boleh disertai oleh golongan dewasa. Aktivi terakhir yang dilakukan ialah pakaian sedondon raya memandangkan program ini diadakan pada bulan syawal dan masih beraya. Penyampaian hadiah kepada semua pemenang pertandingan diadakan pada akhir program yang disampaikan oleh tetamu jemputan iaitu KK Spaoh, Hj. Said bin Hj. Eddi.

Dengan program sebegini, komuniti lebih mengenali kegunaan dan fungsi-fungsi pusat internet ditubuhkan di samping dapat menyampaikan advokasi kepada komuniti yang amat berguna dan penting dalam membentuk masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan selesa. Hal ini juga dapat memupuk semangat persaudaraan dan perpaduan antara komuniti di dalam negara kita.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali